Bubur
Meskipun nasi sudah menjadi bubur, tetapi masih boleh dimakan, bukan?
Menandakan kita tidak gagal, bukan?
Bukankah bubur itu melegakan?
Melegakan mereka yang dilanda demam dan selesema.
Mehangatkan mereka yang digigit oleh sejuknya dingin.
"Kenyangkah dengan hanya menjamah bubur?"
Cuba kau tanya pada si faqir.
Jawapannya pasti mengenalkan kau pada erti syukur.
Maka
Telanlah bubur ini.
Eh,
Lupa aku mahu pesan,
Hati-hati!
Bubur ini masih panas, sayang.

Comments
Post a Comment