Random yang tertumpah 2.0 : Banding
"Macam mana kamu boleh dapat 4A je Ahmad?! Tengok anak Pak Ali tu, 5A!"
"Pakwe dia ada saja masa untuk dia. Awak takde pun untuk saya."
"Bila awak nak pandai masak macam dia?"
...
Sakit, bukan? Bila dibaca dialog-dialog di atas.
Mungkin ada di antara kita yang pernah dilemparkan kata-kata begini atau, kita sendiri yang pernah melemparkannya kepada orang lain. Ya, orang lain. Orang yang dimaksudkan adalah mereka yang mempunyai hubungan dengan kita. Mungkin pada mereka yang tersayang. Sayang ?
Aku pun tak pasti sayang samada kita sayang, kurang sayang atau tidak sayang kerana tidak mungkin kita berani untuk mengatakan kata-kata begitu kepada mereka. Khuatir, kata-kata itu akan melukakan dan bisa melunyaikan perasaan mereka yang kita sayang.
Tapi kita, ter-lepas juga. Tak mengapa. Kita tak sempurna.
Aku pun tak pasti sayang samada kita sayang, kurang sayang atau tidak sayang kerana tidak mungkin kita berani untuk mengatakan kata-kata begitu kepada mereka. Khuatir, kata-kata itu akan melukakan dan bisa melunyaikan perasaan mereka yang kita sayang.
Tapi kita, ter-lepas juga. Tak mengapa. Kita tak sempurna.
Kalau sayang, kita menerima mereka seadanya.
Kita bersyukur dengan kehadiran mereka.
Kita tidak akan mengkritikan kelemahan mereka.
Kita tidak akan mengkritikan kelemahan mereka.
Menerima mereka seadanya adalah dengan tidak membandingkan diri mereka dengan orang lain yang lebih sempurna.
Perbandingan tersebut tidak langsung akan menyempurnakan mereka yang tersayang.
Sebaliknya, melukakan, merendahkan semangat mereka yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Menjadi terbaik untuk siapa? Dirinya?
Untuk kitalah, yang mereka sayang.
Menjadi terbaik untuk siapa? Dirinya?
Untuk kitalah, yang mereka sayang.
Belum terlambat untuk kita berubah.
Ada cara untuk kita ubah perkara lazim ini.
Caranya ialah, menyokong mereka.
Sokong mereka untuk terus bangun dan jangan mengalah.
Sokong mereka dengan memberitahu, tiada yang sempurna dalam dunia ini.
Saya tidak perlukan awak untuk sempurna, kerana kekurangan awak adalah kelebihan saya.
dan kelebihan awak adalah kekurangan saya.
Awak adalah awak.
Tak perlu jadi sesiapa yang lain.
Quoted a tweet by someone :
"You're not perfect. But in my eyes, you're a perfect mix of everything. All of your emotions, goods and flaws are meaningful to me. I love you just the way you are, but you didn't see like I do. You don't have to try to be perfect. Hey, perfect should try to be you, dear."
_____
"Saya suka masakan awak, cuma kurangkan garam sedikit rasanya."
"Awak sibuk ke tu? Selesaikanlah kerja awak dulu. Nanti kita sembang lagi."
"Alhamdulillah, congrats anak ayah. Tak dapat full As, it doesnt mean the end of the world yet."
---
+ Pahal tibeh kau update benda ni?
- Kan aku dah cakap, random.
Comments
Post a Comment